
Salam perjuangan dan kasih sayang.
Semoga anda semua berada dalam luar biasa hebat. hari ini saya ingin berbicara soal "satu dan kosong". Ya.. kita berasal dari kosong dan kembali kepada yang Satu. Satu dan kosong ini sememangnya akrab. daripada satu dan kosong inilah maka bermulanya dunia. Dunia adalah milik yang Satu.Kosong sebenarnya kosong. Tetapi seringkali kosong ini merasa dirinya tidak kosong. Walaupun kosong merasakan begitu tetapi hakikatnya kosong tetap kosong dan kosong tidak akan dapat menjadi satu.
Satu tetap Satu. kerana Yang Satu maka kosong bersatu. Bersatu kosong menjadi jitu.Jitu kosong bukan kerana kosong tetapi jitu kosong kerana Yang Tidak Kosong.
kosong itu milik kita dan Satu itu milik Allah Taala. Hebat Allah kerana Dia Esa. Lemah kita kerana kita kosong. kosong dari segala sifat kesempurnaan. Sempurna itu hanya layak bagi Allah. Lantas jadilah makhluk kosong yang sedar dirinya kosong dan berusaha untuk merapatkan diri dengan Yang Satu.
Semoga falsafah satu dan kosong ini membawa suatu pengertian yang bermakna buat diri kita semua.
wassalam
2 ulasan:
kalu dala it, 1 dan 0 dipanggil binari. Ini lah bahasa komputer..
isitlah dari IT tu pun atas prinsip ni jugok.yahudi meme lagu tu.
Catat Ulasan