::TAARUF::

Foto saya
Diputrakan di Kg Pendek,Kelantan. Latar belakang pengajian: Universiti Malaysia Terengganu (Sarjana Muda Kaunseling)- Universiti Pendidikan Sultan Idris (Dip. Ed. Bimbingan dan Kaunseling)- Sijil Kaunselor Berdaftar Perakuan Amalan KB;PA (Mal) dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Beliau pernah mendapat anugerah "Lawrence Walter Award" kerana menjadi pelatih terbaik di dalam program latihan yang dianjurkan oleh International Institute Of Learning Without Learning(IIOLWL) yang merupakan sebuah institut latihan pendidikan bertaraf antarabangsa. Beliau merupakan panel modul kemahiran belajar untuk Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia dan ketua panel modul Personaliti bagi Sek Men Imtiaz negeri Terengganu.Beliau juga merupakan penceramah tetap Institut Latihan Islam Malaysia. Beliau aktif di dalam mengendalikan program dan kursus latihan pembangunan insan di jabatan kerajaan, syarikat swasta, universiti dan sekolah seluruh negara. Sekarang beliau merupakan kaunselor di Sek Men Imtiaz Besut,Terengganu Darul Iman(sekolah PMR terbaik negeri Terengganu,Sekolah Menengah Agama Terbaik Kebangsaan 2009,2011 dan Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia)

30 Jun, 2010

Salam perjuangan dan kasih sayang.

Alhamdulillah saya panjatkan kehadrat Allah kerana masih memberi kesempatan untuk menikmati kemanisan berukhuwwah.Ini adalah gambar sahabat-sahabat lama saya . walaupun kami semua telah berkeluarga dan mempunyai anak,kami tetap dapat mempertahankan ukhuwwah yang telah dibina selama ini. Saya teramat bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang sebegini setia.mudah-mudahan saya doakan agar persahabatan kami kekal sehingga ke syurga,bi iznillah.

24 Jun, 2010

UPSR & PMR , mansuh atau tidak??


Salam perjuangan dan kasih sayang.

Sehari dua ni orang dok "geger" tentang nak mansuhkan UPSR dan PMR. Secara peribadinya saya bersetuju kalau nak dimansuhkan. Bagi peluang kepada anak-anak kita mengeksplorasi diri dalam bidang yang mereka minati. Sistem selama ini hanya akan melahirkan budaya "exam oriented" semata-mata.kerana itu ramai pelajar kita hari ini ada pelajaran tetapi tidak ada pendidikan.Banyak "A"nya tetapi kurang ajarnya.
Ramai sudah jiwa anak-anak muda kita "terkorban" kerana sistem yang ada ini. Terkorban potensi diri,minat kemahiran dan pelbagai lagi aspek pembangunan kendiri kerana ibu bapa mengejar berapa "A" anak mereka dapat. banyak "A" disinonimkan dengan pelajar yang bijak manakala kurang "A" disinonimkan dengan pelajar yang lemah.

Ibubapa dan masyarakat sekalian,sebenarnya anak-anak anda luarbiasa hebat dan cerdiknya. Cerdik tidak hanya boleh dinilai dengan jumlah "A" kerana tidak ada seorangpun manusia yang bodoh di dunia ini. Yang ada hanyalah kepelbagaian kepandaian atau kepintaran. Ini amat dimengerti oleh negara-negara maju. Kerana itu tidak ada sistem pengredan kelas di sana.Satu kelas dicampur dengan pelajar yang mempunyai kepelbagaian kepandaian.Akhirnya cukup setahun seorang pelajar itu akan mempunyai pelbagai jenis kepandaian juga hasil percampuran di dalam kelas.Bagaimana pula dengan sistem pendidikan kita di sini?

Saya begitu berharap agar idea untuk memansuhkan UPSR dan PMR ini akan menjadi kenyataan. InsyaAllah.