
Salam perjuangan dan kasih sayang.
Selamat bertamu dan bertemu di laman blog aurakarismatik ini. Semoga semua pembaca berada di dalam keadaan luar biasa hebatnya. Hari ini saya mahu bicara soal psikologi. Suatu subjek yang amat dekat dan relevan dengan semua orang. Ilmu yang mengkaji dan membahaskan tentang kejiwaan manusia.
Kalau anda mahu jadi suami yang hebat, anda mesti praktik ilmu psikologi. Kalau anda mahu jadi isteri yang hebat maka anda juga harus praktik ilmu psikologi. Bahkan siapa sahaja atau apa sahaja yang anda ingin jadi, pastikan anda praktik ilmu psikologi. Kenapa saya menyatakan bahawa perlu praktik dan bukannya perlu tahu? Ini adalah kerana "tahu" dan "praktik" mempunyai makna yang berbeza dan tersendiri. Tahu belum tentu praktik tetapi jika seseorang itu praktik maka dia sudah tentu tahu.
Saya berasa amat bertuah kerana dapat belajar dan terus belajar ilmu psikologi ini. Antara guru psikologi yang paling saya sanjungi ialah Dr. Suppiah. Bagi saya beliau adalah seorang guru berbangsa India yang bukan "India". Seorang guru yang merentasi zaman dan massa. Seorang guru yang sentiasa berbicara secara jiwa dengan para pelajarnya.Seorang guru yang sebenar-benar guru. Seorang guru yang sentiasa memburu pelajarnya sebagaimana Cikgu Joe memburu Daneng di dalam hutan(rujuk cerpen Lambaian Malar Hijau)Beliau bagi saya merupakan seorang yang berjaya menterjemahkan psikologi di dalam setiap urusan hidupnya sehingga kelihatan psikologi itu sungguh cantik dan indah. Saya doakan semoga beliau diberi taufiq dan hidayah oleh Yang Maha Kuasa dan semoga kami akan bertemu di "Syurga".
Buat Dr, teruskan perjuangan!! Marilah kita sama-sama berjuang. Sama-sama kita menimba ilmu untuk mendidik para pelajar samada di Bachok Kelantan atau di Semporna Sabah.Lambaian Malar Hijau. Bersama CG Joe dan Daneng(pinjam traitmark Dr Suppiah)
Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan