::TAARUF::

Foto saya
Diputrakan di Kg Pendek,Kelantan. Latar belakang pengajian: Universiti Malaysia Terengganu (Sarjana Muda Kaunseling)- Universiti Pendidikan Sultan Idris (Dip. Ed. Bimbingan dan Kaunseling)- Sijil Kaunselor Berdaftar Perakuan Amalan KB;PA (Mal) dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Beliau pernah mendapat anugerah "Lawrence Walter Award" kerana menjadi pelatih terbaik di dalam program latihan yang dianjurkan oleh International Institute Of Learning Without Learning(IIOLWL) yang merupakan sebuah institut latihan pendidikan bertaraf antarabangsa. Beliau merupakan panel modul kemahiran belajar untuk Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia dan ketua panel modul Personaliti bagi Sek Men Imtiaz negeri Terengganu.Beliau juga merupakan penceramah tetap Institut Latihan Islam Malaysia. Beliau aktif di dalam mengendalikan program dan kursus latihan pembangunan insan di jabatan kerajaan, syarikat swasta, universiti dan sekolah seluruh negara. Sekarang beliau merupakan kaunselor di Sek Men Imtiaz Besut,Terengganu Darul Iman(sekolah PMR terbaik negeri Terengganu,Sekolah Menengah Agama Terbaik Kebangsaan 2009,2011 dan Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia)

14 April, 2009

Dalam sakit ada kasih sayang tuhan

Salam perjuangan dan kasih sayang.

Apa khabar saudara semanusia? Maaf sebab agak lama menyepi. Sebenarnya saya kurang sihat seminggu dua ini. Kaki saya membengkak akibat daripada kesan patah tujuh tahun yang lalu. Alhamdulillah hari ini sudah beransur surut bengkaknya. saya merasa begitu bersyukur kerana Allah terus memilih saya untuk diuji. Ujian sebagai tanda kasih sayangNya.sakit merupakan tarbiyyah yang begitu beharga kerana bila sakit, mulut ini akan sentiasa menyebut nama Allah. Itulah saat zikir yang paling mendalam kerana setiap gerak , mulut akan berzikir. Setiap kali tempat yang sakit berdenyut, mulut akan terpacul zikir. Ketika baringpun, mulut akan menyebut kalimah Allah.Allah begitu diagungkan ketika sakit. Inilah tanda tauhid Rububiyyah. semua manusia akan mengiktiraf bahawa ada kuasa yang sebenarnya menjadi, menjaga dan mentadbir alam ini dan tuhan itu adalah Allah.
Saudara,
Rasailah nikmat bertuhan. Tuhan itu merupakan suatu kebenaran.Setiap yang benar itu ada kenikmatan.Fikir-fikirkan saudara..
wassalam

05 April, 2009

Dedikasi Buat Guru Ku


Salam perjuangan dan kasih sayang.

Selamat bertamu dan bertemu di laman blog aurakarismatik ini. Semoga semua pembaca berada di dalam keadaan luar biasa hebatnya. Hari ini saya mahu bicara soal psikologi. Suatu subjek yang amat dekat dan relevan dengan semua orang. Ilmu yang mengkaji dan membahaskan tentang kejiwaan manusia.
Kalau anda mahu jadi suami yang hebat, anda mesti praktik ilmu psikologi. Kalau anda mahu jadi isteri yang hebat maka anda juga harus praktik ilmu psikologi. Bahkan siapa sahaja atau apa sahaja yang anda ingin jadi, pastikan anda praktik ilmu psikologi. Kenapa saya menyatakan bahawa perlu praktik dan bukannya perlu tahu? Ini adalah kerana "tahu" dan "praktik" mempunyai makna yang berbeza dan tersendiri. Tahu belum tentu praktik tetapi jika seseorang itu praktik maka dia sudah tentu tahu.
Saya berasa amat bertuah kerana dapat belajar dan terus belajar ilmu psikologi ini. Antara guru psikologi yang paling saya sanjungi ialah Dr. Suppiah. Bagi saya beliau adalah seorang guru berbangsa India yang bukan "India". Seorang guru yang merentasi zaman dan massa. Seorang guru yang sentiasa berbicara secara jiwa dengan para pelajarnya.Seorang guru yang sebenar-benar guru. Seorang guru yang sentiasa memburu pelajarnya sebagaimana Cikgu Joe memburu Daneng di dalam hutan(rujuk cerpen Lambaian Malar Hijau)Beliau bagi saya merupakan seorang yang berjaya menterjemahkan psikologi di dalam setiap urusan hidupnya sehingga kelihatan psikologi itu sungguh cantik dan indah. Saya doakan semoga beliau diberi taufiq dan hidayah oleh Yang Maha Kuasa dan semoga kami akan bertemu di "Syurga".
Buat Dr, teruskan perjuangan!! Marilah kita sama-sama berjuang. Sama-sama kita menimba ilmu untuk mendidik para pelajar samada di Bachok Kelantan atau di Semporna Sabah.Lambaian Malar Hijau. Bersama CG Joe dan Daneng(pinjam traitmark Dr Suppiah)

Wassalam