::TAARUF::

Foto saya
Diputrakan di Kg Pendek,Kelantan. Latar belakang pengajian: Universiti Malaysia Terengganu (Sarjana Muda Kaunseling)- Universiti Pendidikan Sultan Idris (Dip. Ed. Bimbingan dan Kaunseling)- Sijil Kaunselor Berdaftar Perakuan Amalan KB;PA (Mal) dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Beliau pernah mendapat anugerah "Lawrence Walter Award" kerana menjadi pelatih terbaik di dalam program latihan yang dianjurkan oleh International Institute Of Learning Without Learning(IIOLWL) yang merupakan sebuah institut latihan pendidikan bertaraf antarabangsa. Beliau merupakan panel modul kemahiran belajar untuk Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia dan ketua panel modul Personaliti bagi Sek Men Imtiaz negeri Terengganu.Beliau juga merupakan penceramah tetap Institut Latihan Islam Malaysia. Beliau aktif di dalam mengendalikan program dan kursus latihan pembangunan insan di jabatan kerajaan, syarikat swasta, universiti dan sekolah seluruh negara. Sekarang beliau merupakan kaunselor di Sek Men Imtiaz Besut,Terengganu Darul Iman(sekolah PMR terbaik negeri Terengganu,Sekolah Menengah Agama Terbaik Kebangsaan 2009,2011 dan Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia)

29 Januari, 2009

hari2 terakhir di imtiaz Kuala Berang

salam perpaduan dan kasih sayang.

Malam ini entah mengapa mata saya agak kejang untuk ditutup. Rasa setiap saat di kuala berang itu begitu berharga. Begitu banyak kenangan indah yang saya lalui sepanjang berkhidmat di sini. Yang paling berharga tentunya apabila dapat mengubah biah yang negatif sebelum ini kepada iklim dini dewasakini. Pelajarnya sudah semakin mempunyai kesedaran agama yang tinggi. Saya sungguh berharap agar semua pelajar saya akan berjaya di dunia apatah lagi di akhirat. SMIQBER, kau sentiasa di hati.

15 Januari, 2009

Getaran Rasa Sirna Jiwa


Salam perpaduan dan kasih sayang


Hari ini saya menjalani kehidupan seperti jadual harian biasa. Bangun seawal jam 5.30 pagi dan mengejutkan pelajar-pelajar saya untuk menunaikan solat fardhu subuh secara berjemaah. kemudian setelah selesai , bergegas ke sekolah untuk "punch card". kemudian barulah pulang ke bilik untuk bersiap2 ke sekolah. Pada sebelah pagi biasanya saya mulakan dengan melayari internet bagi tujuan mencari maklumat-maklumat baru. Maklumlah, otak ni umpama Vakum. Kalau kita tidak isi dengan maklumat-maklumat yang positif, yang akan masuknya ialah maklumat-maklumat negatif. selepas melayari internet barulah saya ke cafeteria sekolah untuk bersarapan bersama-sama rakan sekerja. Akan tetapi untuk sehari dua ini, saya rasa tidak begitu ceria seperti hari-hari biasa. Mungkin disebabkan saya akan ditukarkan ke Imtiaz Besut awal bulan February nanti. Rasanya belum puas menabur bakti di Imtiaz Kuala Berang. Anak-anak buah ramai yang datang dan meminta supaya saya tidak berpindah. Tapi apakan daya saya kerana itu adalah kehendak jabatan. saya sebagai seorang pekerja harus patuh kepada kehendak organisasi. Sedikit sebanyak air mata para pelajar mengugat hati nurani ini.. Saya harapkan benih keislaman yang telah di semai dan ditanam akan terus mekar bercambah di bumi imtiaz Kuala Berang ini. Salam perjuangan buat para pelajar kesayangan dan teruskan membina biah solehah demi kelangsungan generasi ulul al bab. Sirru a'la Barkatillah

14 Januari, 2009

Muslim Ilusi VS Kuffar Realiti

Menjawab persoalan mengapa umat islam tidak dapat berbuat apa-apa dikala pengganasan yahudi berleluasa, saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk "Antara Ilusi dan Realiti" (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah) , al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.
Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung "pemimpin"tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.
Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?
Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.
Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya "seorang patung". Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.
Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.
Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh.
Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.
Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Nasrani sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.
Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?
Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.
Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?
Muslim ilusi berdepan dengan Nasrani realiti.
Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.
Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.
Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.
Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.
Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.
Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Berpecah belah hanya kerana secawan kopi. Pecah belah rumahtangga, pecah belah jiran tetangga, pecah belah masyarakat sedesa, pecah belah antara negara, perpecahan kita dari hujung daun hingga ke akar umbi.
Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.
Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa.
Tragedi di Gaza adalah seruan Allah untuk kita kembali kepada Islam.
Islam yang tulen.
Ibu bapa didiklah anak menjadi Muslim, jangan dibiarkan mereka menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.
Kenalkan kepada anak-anak kita apa itu Islam dan apa itu Jahiliyyah. Fahamkan mereka siapa Yahudi dan Nasrani dan mengapa mereka dikutuk Allah. Ajarlah anak-anak mencintai kebenaran, keadilan dan memusuhi kezaliman. Agar dengan jiwa tulen seorang putera Muslim dan puteri Muslimah, Yahudi tulen akan dikalahkan oleh Muslim tulen.
Dipetik dari artikel : Khutbah Palestin Memanggil Kamu Pulang Kepada Islam

12 Januari, 2009

Palestin; Kami Bersamamu!

Salam perjuangan dan kasih sayang.

Sejenak di sini saya ingin berbicara tentang Palestin. Bila mengenangkan Palestin, air mata saya akan bergenang. Hati saya menjadi hancur luluh. Ya, berat mata melihat, berat lagi bahu memikul. Rakyat Palestin memikul penderitaan itu dengan keringat, air mata dan darah!!Saban hari mereka dibantai oleh rejim yahudi laknatullah. Tetapi bagaimana dengan sikap kita sebagai saudara seislam? adakah kita tetap menjadi negara OIC yang sekadar Oh I See? Pasukan Pengaman PBB atau NATO hanya menjadi No Action Talk Only? Bacul saya rasakan diri ini apabila tidak melakukan sesuatupun untuk saudara kita di Palestin ini.


Saya masih ingat bagaimana ucapan asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin selepas beliau terselamat daripada percubaan bunuh beliau pada 6 September 2003 . Berikut sedutan ucapan asy Syahid :

"Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini ? Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah , tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh) . Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini.
Aku tidak mampu utk kemana2 tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam2 penderitaan.
Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian telah mati binasa.
Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh2 Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang di aniaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas ?
Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara2 umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami.
Adakah pertubuhan2 umat ini, pasukan tenteranya, parti2nya, badan2nya dan tokoh2nya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai2 sambil melaungkan ?Ya Allah, perkuatkan saudara2 kami yang sedang dipatah2kan, kasihanilah saudara2 kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba2Mu yang beriman?
Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa utk kami ? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dah ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri) dan akan mati bersama2 kami, anak2 kami, wanita2, orang tua dan pemuda2.
Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan ! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah. Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai muhahid.
Jika kalian mahu, marilah bersama2 kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukun sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.
Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin2 umat ini, wahai bangsa umat ini.
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu?(3x) .. lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang2 yang lemah. Dan engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami ?
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah2 yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak2 yang diyatimkan, wanita2 yang dijandakan, ibu2 yang kehilangan anak, rumah2 yang diruntuhkan, tanam-tanaman yang dirosakkan.
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai2nya jalan kami, terkebelakangnya kami. Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh2 kami"


Ucapan asy Syahid Abd Aziz Rantisi sejurus mengambil alih kepimpinan HAMAS dari Asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin pula berbunyi :

"Buat apa kita takutkan kematian, semua manusia akan mati, samada kerana dibunuh ataupun kerana sakit. Jika saya diberikan peluang untuk memilih samada ingin mati kerana sakit jantung ataupun kerana (ditembak oleh) Helikopter Apatchie, saya memilih helikopter Apatchie!".

Inilah ayat -ayat mereka yang telah membuktikan keikhlasan perjuangan di dalam usaha membebaskan bumi Palestin. Lantas bagaimanakah kita?? Paling kurang, sama-samalah kita berdoa kepada Allah semoga kemasukan yahudi ke Gaza sebagai melengkapkan janji Allah iaitu Yahudi itu akan di bunuh di bumi Palestin di akhir zaman nanti . Sebagaimana ikrar HAMAS iaitu akan menjadikan Gaza sebagai kubur-kubur kepada tentera Yahudi laknatullah. Gerakan BOIKOT secara besar-besaran harus dilakukan supaya ekonomi yahudi dan sekutunya dapat dilumpuhkan. Wallahu A'lam

11 Januari, 2009

PRINSIP 3 (BO +) DAN (3 BO -)

Salam kedamaian dan kasih sayang.
semoga semua pembaca berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. Dikesempatan yang ringkas ini, saya ingin berkongsi prinsip 3 BO yang perlu ada di dalam diri insan terbilang dan 3 BO yang perlu dibuang dari dalam diri insan terbilang. BO yang perlu ada ialah BOs, BOleh, BOlos manakala 3 BO yang perlu dijauhi ialah BOdoh, BOrak dan BOntot. Untuk menjadi insan terbilang, seseorang itu mesti berjiwa pemimpin(BOs). lawan bagi sikap BOs ialah BOntot. BOntot maknanya sentiasa terkebelakang. Anda tidak akan berjaya jika sentiasa berada di belakang. Anda juga mesti menjadi seorang insan yang serba BOleh(multi skill) dan tidak hanya menjadi orang yang MultiBOrak. bercakap sahaja tidak akan membuahkan hasil yang terbaik. Anda juga mestilah menjadi seorang yang sentiasa dapat memBOloskan diri daripada pelbagai halangan yang menanti di hadapan. Jangan bertindak BOdoh @ pendek akal. Mudah-mudahan anda semua akan menjadi luar biasa hebatnya dengan prinsip 3 BO positif dan 3 BO negatif yang saya perkenalkan ini.
Wassalam.

04 Januari, 2009

NIKMAT

Salam penghormatan dan kasih sayang buat semua.
Saya mahu mengatur syukur kepada Allah Tuhan Pencipta dan Tuhan Penguasa alam dunia dan alam akhirat kerana masih memungkinkan saya untuk hidup di atas dunia pada saat ini. Jika difikirkan, terlalu banyak nikmat yang telah Tuhan berikan kepada saya sehingga kini. yang terkini ialah Allah telah mengabulkan doa saya dan isteri untuk mendapat seorang anak untuk menyambung zuriat kami. Alhamdulillah.Isteri saya dah disahkan mengandung hampir dua bulan. Serentak daripada itu juga, isteri mendapat panggilan temuduga untuk jawatan pegawai psikologi jabatan perkhidmatan awam. Hari ini bila saya datang ke sekolah, saya dikhabarkan pula akan dihantar oleh pihak majikan menyambung pelajaran untuk mendapatkan diploma pendidikan di UPSI. semua ini datang serentak. Mungkin ini yang dikatakan sebagai rezeki anak. Terima kasih Tuhan kerana nikmatMu dan jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur.Amin..