::TAARUF::

Foto saya
Diputrakan di Kg Pendek,Kelantan. Latar belakang pengajian: Universiti Malaysia Terengganu (Sarjana Muda Kaunseling)- Universiti Pendidikan Sultan Idris (Dip. Ed. Bimbingan dan Kaunseling)- Sijil Kaunselor Berdaftar Perakuan Amalan KB;PA (Mal) dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Beliau pernah mendapat anugerah "Lawrence Walter Award" kerana menjadi pelatih terbaik di dalam program latihan yang dianjurkan oleh International Institute Of Learning Without Learning(IIOLWL) yang merupakan sebuah institut latihan pendidikan bertaraf antarabangsa. Beliau merupakan panel modul kemahiran belajar untuk Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia dan ketua panel modul Personaliti bagi Sek Men Imtiaz negeri Terengganu.Beliau juga merupakan penceramah tetap Institut Latihan Islam Malaysia. Beliau aktif di dalam mengendalikan program dan kursus latihan pembangunan insan di jabatan kerajaan, syarikat swasta, universiti dan sekolah seluruh negara. Sekarang beliau merupakan kaunselor di Sek Men Imtiaz Besut,Terengganu Darul Iman(sekolah PMR terbaik negeri Terengganu,Sekolah Menengah Agama Terbaik Kebangsaan 2009,2011 dan Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia)

07 April, 2011

Menangani Pelajar Istimewa

Salam perjuangan dan kasih sayang.

Semalam saya ada menerima satu email daripada seorang anak buah yang sedang menuntut di salah sebuah IPTA di Ibu Kota. Beliau menanyakan saya tentang method untuk menguruskan pelajar yang bermasalah. Di bawah ini saya perturunkan mesej yang telah dihantar oleh beliau.


Assalamualaikum...
cg Fakrul,saya  diberi tugasan utk menjadi fc bg mengendalikan pelajar bermasalah untuk sekolah lama dalam sebuah bengkel di mana saya & fc2 len mewakili alumni.
Pelajar-pelajar ni bermasalah dari sudut tinggal solat (termasuk xleh bc quran dgn betul),couple,free-hair,
background family bermasalah y mana menyebabkan mereka suka melanggar peraturan sek & mempunyai tingkahlaku & syaksiah y negatif.
Jd,saya nk tnya pendapat, apakah "mindsetting" y utama y perlu saya letak dalam mengendalikan peserta y sprt ini?
Yang kedua,apakah teknik & methhodogi y sesuai y perlu saya gunakan untuk menyentuh hati2 mereka?
Setakat ni,saya  hanya pernah mengendalian program motivasi kecemerlangan peperiksaan & kepimpinan shj.
Jadi,memang blur sangat2..
Mohon pencerahan cg ..

Sekian,terima kasih..
Para pembaca sekalian, ini antara cebisan soalan yang biasa saya terima daripada klien-klien. Jadi saya rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit cara yang telah saya cadangkan kepada anak buah saya ini bersama anda sekalian. Dalam menangani golongan seperti yang dinyatakan tadi,ada beberapa prinsip yang perlu kita  fahami sblm melaksanakan program pd mereka.

pertama :
Jika diberi pilihan,tidak ada seorangpun sebenarnya dikalangan mereka nak jadi manusia yang bermasaalah. Persekitaranlah yang telah mengheret mereka untuk menjadi diri mereka sekarang. Jd,jgn menghukum mereka tetapi bimbinglah mereka.

kedua:
Mereka adalah manusia yang pastinya ada sekelumit fitrah yang suka pada kebaikan. Jd,fokus kepada kebaikan dan ledakkan kebaikan yang ada dalam diri mereka.

ketiga:
Jgn merasa kita lebih baik daripada mereka. Psikologi manusia tidak suka jika ada orang lain yang lebih daripada dirinya. Beritahu mereka yang kita juga sbnrnya dalam proses untuk memperbaiki diri. Kita harus memahami bahawa manusia suka jika dia merasakan ada orang lain yang sama seperti dirinya. Jgn terlalu menunjukkan seolah2 kita ini maksum. Kita juga sbnrnya tidak terlepas daripada kesalahan dan kita bersyukur krn dapat bertemu dgn mereka  untuk sama2 berusaha  menuju ke arah kebaikan.

keempat:
Sentuhlah mereka dengan bahasa kasih sayang. Bukankah nabi diutuskan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam?

kelima:
Fahamilah mereka, runtuhkan halangan hati diantara kita dengan mereka. Wujudkan kemesraan yang berpaksi kepada rasa sayang yang mendalam kerana Allah. InshaAllah, dari hati akan turun ke hati.

wallahua'lam

22 Februari, 2011

Sekolah Berprestasi Tinggi

Salam perjuangan dan kasih sayang.
Alhamdulillah pada 17hb Feb 2011 yang lalu, Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut telah berjaya  dinobatkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi negara bagi kohort yang kedua. Terima kasih kepada semua yang telah berusaha,yang memberi sumbangan wang ringgit dan idea serta berdoa untuk kejayaan kami. Semoga dengan pengiktirafan ini akan menyuntik lagi semangat guru-guru untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak generasi soleh pintar ini.

10 Januari, 2011

Minggu Simulasi

salam perjuangan dan kasih sayang.

Cikgu ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baru tingkatan satu ke Sekolah Menengah imtiaz Yayasan Terengganu Besut,The Home Of Ulul Albab.Semoga dengan kedatangan anak-anak soleh pintar semua akan menyemarakkan lagi kecemerlangan di sekolah ini.
sepanjang cikgu mengendalikan minggu simulasi, cikgu melihat bahawa anda mempunyai bakat dan potensi yang luar biasa hebatnya. Teruskan menggilapnya sehingga anda menjadi ulul Al bab yang terbilang.

"You are the best student in the world"

Salam ikhlas,

CR. MOHD FAKRUL RIZAL BIN MOHAMED DIN  KB;PA (Mal)
KAUNSELOR
SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU BESUT
TERENGGANU DARUL IMAN





06 Januari, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Salam perjuangan dan kasih sayang.
Sudah lama rasanya saya tidak menulis di laman blog ini. Tiba-tiba hari ini saya rasa terpanggil untuk membuat sedikit coretan sempena tahun baru masehi 2011. Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan selamat tahun baru untuk semua. Saya berdoa semoga tahun baru ini menjadi tahun untuk saya menjadi manusia yang lebih berjuang,lebih berkasih sayang dan lebih proaktif.
Saya mahu menjadi manusia yang lebih berjuang kerana saya mahu hidup saya lebih bermakna dan mati saya juga menjadi mati yang bermakna. Mulianya hidup kerana perjuangan. Manusia yang takut untuk berjuang ialah manusia yang telah mati sebelum mati. dan manusia yang paling bacul ialah manusia yang tidak mahupun untuk berjuang. 
Saya mahu menjadi manusia yang lebih berkasih sayang kerana dengan kasih sayanglah kita membina kehidupan dan kita memberi makna kepada kehidupan. Saya mahu lebih cinta kepada Allah,lebih cinta kepada Rasul.lebih cinta kepada agama,lebih cinta kepada ibubapa,lebih cinta kepada isteri dan anak-anak,lebih cinta kepada murid-murid dan lebih cita kepada semua makhluk Allah.teringat pesan Sang Murabbi, "dakwah itu HUBBUN". Tanpa cinta,dakwah akan jadi sia-sia. Tanpa cinta, mad'u akan terbiar begitu sahaja dan tanpa cinta,hidup hilang makna.
Saya mahu menjadi lebih proaktif kerana masa tidak menunggu kita. Peluang juga tidak akan menunggu kita. Saya harus proaktif dengan tugas-tugas yang saya pikul.Saya percaya bahawa kejayaan adalah milik manusia yang tidak hanya menunggu tetapi dia mencari dan mencipta kejayaan tadi.
Semoga Allah menyampaikan saya dengan impian saya ini. Saya telah mezahirkan impian saya untuk merangsang minda sedar,separa sedar dan bawah sedar saya supaya menuju kepada kejayaan. Anda pula bagaimana?
Semoga tahun 2011 ini juga menjanjikan kebahagiaan buat anda.