::TAARUF::

Foto saya
Diputrakan di Kg Pendek,Kelantan. Latar belakang pengajian: Universiti Malaysia Terengganu (Sarjana Muda Kaunseling)- Universiti Pendidikan Sultan Idris (Dip. Ed. Bimbingan dan Kaunseling)- Sijil Kaunselor Berdaftar Perakuan Amalan KB;PA (Mal) dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Beliau pernah mendapat anugerah "Lawrence Walter Award" kerana menjadi pelatih terbaik di dalam program latihan yang dianjurkan oleh International Institute Of Learning Without Learning(IIOLWL) yang merupakan sebuah institut latihan pendidikan bertaraf antarabangsa. Beliau merupakan panel modul kemahiran belajar untuk Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia dan ketua panel modul Personaliti bagi Sek Men Imtiaz negeri Terengganu.Beliau juga merupakan penceramah tetap Institut Latihan Islam Malaysia. Beliau aktif di dalam mengendalikan program dan kursus latihan pembangunan insan di jabatan kerajaan, syarikat swasta, universiti dan sekolah seluruh negara. Sekarang beliau merupakan kaunselor di Sek Men Imtiaz Besut,Terengganu Darul Iman(sekolah PMR terbaik negeri Terengganu,Sekolah Menengah Agama Terbaik Kebangsaan 2009,2011 dan Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia)

20 Mei, 2009

LAKUKAN APA YANG ANDA YAKIN DAN YAKINLAH APA YANG ANDA LAKUKAN

Salam perjuangan dan kasih sayang.
Semoga saudara semua sentiasa berada di dalam lingkungan aura positif. Dalam kesempatan kali ini saya ingin kongsikan satu mutiara kata yang saya perolehi hasil daripada pengalaman sepanjang melayari hidup ini.

"LAKUKAN APA YANG ANDA YAKIN DAN YAKINLAH APA YANG ANDA LAKUKAN"


Begitulah bunyi kata-kata motivasi yang boleh saya kongsikan pada hari ini.
Saudara.. ramai orang yang tidak berani untuk melakukan apa yang dia yakini. Penyakit seperti"takut orang kata" merupakan penghalang utama kejayaan seseorang individu. Jadi usah peduli apa yang orang kata tetapi yang penting ialah kita tahu apa yang kita buat. Selagi ianya tidak melanggar suruhan Tuan punya dunia ini, maka lakukanlah. Kemudian yakinilah apa yang anda lakukan itu akan menghasilkan kejayaan dengan izin Allah S.W.T.

OK, semoga bertemu di lain tulisan. wassalam

17 Mei, 2009

Selamat Hari Guru!


Salam perjuangan dan kasih sayang.

Selamat hari guru saya ucapkan kepada semua warga pendidik. Terutamanya kepada guru-guru yang telah mendidik saya sehingga menjadi seorang pendidik pada hari ini.Tanpa guru siapalah kita semua.saya ingin titipkan sebuah sajak yang telah dinukilkan oleh Almarhum SN Usman Awang yang bertajuk "Guru Oh Guru"

Berburu ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Terima kasih guru-guruku. semoga Allah mencucuri rahmat ke atasmu.
Wassalam.

15 Mei, 2009

Pesanan Buat Mu


salam perjuangan dan kasih sayang.
saya titipkan puisi ini sebagai pesanan buat wanita-wanita yang bergelar isteri.

PESANAN BUATMU BERGELAR ISTERI

Makna seorang Isteri itu
Apabila dia melayan karenah suami dengan senang hati...
Makna seorang isteri itu
Apabila dia rela berkorban tanpa mengungkit kembali...
Makna seorang isteri itu
Apabila dia memahami syurganya terletak di bawah tapak kaki suami..

Sehebat manapun isteri
Dia tidak boleh melawan cakap suami...
Berbincanglah tanpa memperlekehkan suami..
Walaupun suami itu boleh jadi kawan dan teman,
Tetapi suami itu tetap suami.
Walaupun,
Kadangkala suami dianggap musuh durjana...
Bersantunlah dengan suami
Kerana,
Balasannya SYURGA bagi isteri yang sabar
Dalam menguruskan urusan suami dan rumahtangga.

Jawatan tidak boleh bawa isteri ke syurga...
Harta juga tidak boleh bawa isteri ke syurga...
Hanya,
Redha suami dan Ketaatan isteri
Merupakan,
Lesen untuk seseorang isteri ke syurga.

Ikhlas daripada suami yang tidak mahu isterinya dilaknat makhluk di langit dan di bumi.

Untuk mu Isteriku


“WANITA ITU”

Wanita itu Matanya ayu
Wanita itu Suaranya merdu
Wanita itu Tuturnya laju
Wanita itu Hatinya salju
Wanita itu Sifatnya cemburu
Wanita itu Nasihatnya bayu
Wanita itu Jiwanya jitu
Wanita itu Penawar hatiku
Wanita itu Penunduk nafsuku
Wanita itu Pembantu setiaku
Wanita itu Permaisuri hidupku
Wanita itu Dialah isteriku
Terima kasih untuk mu
Wahai “wanita itu”



Nukilan rasa luahan jiwa
“Lelaki Ini”
Suamimu..