::TAARUF::

Foto saya
Diputrakan di Kg Pendek,Kelantan. Latar belakang pengajian: Universiti Malaysia Terengganu (Sarjana Muda Kaunseling)- Universiti Pendidikan Sultan Idris (Dip. Ed. Bimbingan dan Kaunseling)- Sijil Kaunselor Berdaftar Perakuan Amalan KB;PA (Mal) dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Beliau pernah mendapat anugerah "Lawrence Walter Award" kerana menjadi pelatih terbaik di dalam program latihan yang dianjurkan oleh International Institute Of Learning Without Learning(IIOLWL) yang merupakan sebuah institut latihan pendidikan bertaraf antarabangsa. Beliau merupakan panel modul kemahiran belajar untuk Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia dan ketua panel modul Personaliti bagi Sek Men Imtiaz negeri Terengganu.Beliau juga merupakan penceramah tetap Institut Latihan Islam Malaysia. Beliau aktif di dalam mengendalikan program dan kursus latihan pembangunan insan di jabatan kerajaan, syarikat swasta, universiti dan sekolah seluruh negara. Sekarang beliau merupakan kaunselor di Sek Men Imtiaz Besut,Terengganu Darul Iman(sekolah PMR terbaik negeri Terengganu,Sekolah Menengah Agama Terbaik Kebangsaan 2009,2011 dan Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia)

30 Jun, 2010

Salam perjuangan dan kasih sayang.

Alhamdulillah saya panjatkan kehadrat Allah kerana masih memberi kesempatan untuk menikmati kemanisan berukhuwwah.Ini adalah gambar sahabat-sahabat lama saya . walaupun kami semua telah berkeluarga dan mempunyai anak,kami tetap dapat mempertahankan ukhuwwah yang telah dibina selama ini. Saya teramat bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang sebegini setia.mudah-mudahan saya doakan agar persahabatan kami kekal sehingga ke syurga,bi iznillah.

24 Jun, 2010

UPSR & PMR , mansuh atau tidak??


Salam perjuangan dan kasih sayang.

Sehari dua ni orang dok "geger" tentang nak mansuhkan UPSR dan PMR. Secara peribadinya saya bersetuju kalau nak dimansuhkan. Bagi peluang kepada anak-anak kita mengeksplorasi diri dalam bidang yang mereka minati. Sistem selama ini hanya akan melahirkan budaya "exam oriented" semata-mata.kerana itu ramai pelajar kita hari ini ada pelajaran tetapi tidak ada pendidikan.Banyak "A"nya tetapi kurang ajarnya.
Ramai sudah jiwa anak-anak muda kita "terkorban" kerana sistem yang ada ini. Terkorban potensi diri,minat kemahiran dan pelbagai lagi aspek pembangunan kendiri kerana ibu bapa mengejar berapa "A" anak mereka dapat. banyak "A" disinonimkan dengan pelajar yang bijak manakala kurang "A" disinonimkan dengan pelajar yang lemah.

Ibubapa dan masyarakat sekalian,sebenarnya anak-anak anda luarbiasa hebat dan cerdiknya. Cerdik tidak hanya boleh dinilai dengan jumlah "A" kerana tidak ada seorangpun manusia yang bodoh di dunia ini. Yang ada hanyalah kepelbagaian kepandaian atau kepintaran. Ini amat dimengerti oleh negara-negara maju. Kerana itu tidak ada sistem pengredan kelas di sana.Satu kelas dicampur dengan pelajar yang mempunyai kepelbagaian kepandaian.Akhirnya cukup setahun seorang pelajar itu akan mempunyai pelbagai jenis kepandaian juga hasil percampuran di dalam kelas.Bagaimana pula dengan sistem pendidikan kita di sini?

Saya begitu berharap agar idea untuk memansuhkan UPSR dan PMR ini akan menjadi kenyataan. InsyaAllah.

08 Mac, 2010

Dari dalam hati

Salam perjuangan dan kasih sayang.

Saya rasa kurang selesa dalam seminggu dua ini. Terlalu banyak isu-isu dan peristiwa yang berlaku dalam negara kita. Bermula dari isu politik,agama, sosial sehinggalah isu-isu yang melibatkan rumahtangga. Rogol,cerai,dera,dadah seolah-olah sudah menjadi hidangan pagi setiap hari. Lantas bagaimana seharusnya kita bertindak? Bagi saya, masalah tidak akan selesai jika kita mengambil langkah untuk menuding jari dan menyalahkan orang lain.

Saya meyakini bahawa Islam adalah penyelesaian. Tetapi apakah orang lain juga meyakini begitu? Islam telah mengatur kehidupan manusia dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara. Islam sudah cukup sempurna. yang tidak sempurna adalah kita. kita tidak sempurna dan yang lebih malang,kita tidak memilih islam untuk menyelesaikan polemik keruntuhan moral dan akhlak di dalam masyarakat.

Sidang pembaca,saya menyarankan supaya kita mengambil tindakan untuk membaiki ummah mulai dari sekarang. jaga diri kita dan orang sekeliling kita. mulakan dari kaum kerabat dan sahabat handai yang dekat. jika semua berperanan,insyaAllah kita akan menjadi lebih baik dari demalam.
teruskan perjuangan,moga Allah memberkatimu..

28 Januari, 2010

Personaliti Unggul Jana Bahagia

Salam Perjuangan dan kasih sayang.

Saya baru selesai mengajar anak-anak soleh pintar tingkatan satu sekolah menengah imtiaz Besut, Terengganu. Subjek yang saya ajar ialah subjek personaliti. Suatu subjek yang satu-satunya diajar di imtiaz sahaja. Besar harapan saya untuk melihat anak-anak didik saya menjadi manusia yang mempunyai personaliti yang hebat pada satu ketika nanti.

Saya selalu menekankan kepada pelajar bahawa untuk membentuk personaliti yang menarik, cara fikirnya dahulu yang mesti menarik. Bila kita berfikir secara menarik maka seluruh tindakan kita akan menjadi menarik. Menarik dengan makna dapat mengajak orang lain untuk selesa bermuamalah dengan kita, gembira apabila bersama dengan kita dan merasa kosong dan "lontong" jika berjauhan dengan kita.

Membina personaliti yang menarik bukanlah sesuatu yang mudah tetapi ianya tidak mustahil. Ianya boleh dilakukan dengan syarat kita ada azam dan kehendak. Saya cuba menanamkan dalam minda anak-anak buah saya bahawa antara perkara yang boleh membuatkan seseorang itu bahagia ialah dengan membahagiakan orang lain. Syarat untuk membahagiakan orang lain pula ialah perlu memastikan diri sendiri dulu bahagia. maknanya bahagia akan muncul dengan cara membahagiakan orang lain dengan diri yang bahagia.

Personaliti yang baik akan menjana hati yang bahagia. jadi renung-renungkan dan selamat membina personaliti yang unggul.
Wassalam

10 Januari, 2010

Volt For New Hope and Justice!

Salam perjuangan dan kasih sayang.

Saya ingin mengucapkan selamat berjuang kepada adik-adik di Universiti Malaysia Terengganu yang akan mengikuti Hari Penamaan Calon bagi Pilihanraya Kampus pada pagi ini. Saya difahamkan UMT adalah antara kampus yang terawal mengadakan proses pilihanraya bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar pada sesi yang baru.
Semoga semua adik-adik yang bertanding berjaya untuk melepasi ujian saringan yang kedua dalam sistem pilihanraya kampus ini. Bulatkan azam dan matlamat dan bersiap siagalah untuk menempuh era perjuangan baru Mahasiswa. Semoga politik baru menjanjikan politik hikmah bukan politik fitnah, politik mampu bukan politik ampu.
Buat semua Mahasiswa yang mendokong aspirasi perjuangan yang menegakkan keadilan dan kelestarian intelektual, semoga anda berjaya membawa legasi baru dalam era perjuangan mahasiswa dewasakini.
Akhir kata,selamat berjuang dan semoga Allah memberkatimu..
Wassalam

Imtiaz Terbilang!

SALAM PERJUANGAN DAN KASIH SAYANG.

Dikesempatan yang ada ini saya ingin mengucapkan Tahniah kepada semua pelajar saya yang mendapat keputusan yang begitu cemerlang di dalam PMR baru-baru ini. Kalian terbukti merupakan anak-anak pelajar yang luar biasa hebatnya apabla Sek Men Imtiaz Yayasan Terengganu Besut dinobatkan sebagai Tempat Pertama Kebangsaan keputusan PMR 2009 kategori SMKA seluruh negara.Sekalung perhargaan kepada semua pihak yang telah bekerja keras selama ini. Semoga Allah memberkati kita.Amin..

wassalam