::TAARUF::

Foto saya
Diputrakan di Kg Pendek,Kelantan. Latar belakang pengajian: Universiti Malaysia Terengganu (Sarjana Muda Kaunseling)- Universiti Pendidikan Sultan Idris (Dip. Ed. Bimbingan dan Kaunseling)- Sijil Kaunselor Berdaftar Perakuan Amalan KB;PA (Mal) dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Beliau pernah mendapat anugerah "Lawrence Walter Award" kerana menjadi pelatih terbaik di dalam program latihan yang dianjurkan oleh International Institute Of Learning Without Learning(IIOLWL) yang merupakan sebuah institut latihan pendidikan bertaraf antarabangsa. Beliau merupakan panel modul kemahiran belajar untuk Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia dan ketua panel modul Personaliti bagi Sek Men Imtiaz negeri Terengganu.Beliau juga merupakan penceramah tetap Institut Latihan Islam Malaysia. Beliau aktif di dalam mengendalikan program dan kursus latihan pembangunan insan di jabatan kerajaan, syarikat swasta, universiti dan sekolah seluruh negara. Sekarang beliau merupakan kaunselor di Sek Men Imtiaz Besut,Terengganu Darul Iman(sekolah PMR terbaik negeri Terengganu,Sekolah Menengah Agama Terbaik Kebangsaan 2009,2011 dan Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia)

04 Januari, 2009

NIKMAT

Salam penghormatan dan kasih sayang buat semua.
Saya mahu mengatur syukur kepada Allah Tuhan Pencipta dan Tuhan Penguasa alam dunia dan alam akhirat kerana masih memungkinkan saya untuk hidup di atas dunia pada saat ini. Jika difikirkan, terlalu banyak nikmat yang telah Tuhan berikan kepada saya sehingga kini. yang terkini ialah Allah telah mengabulkan doa saya dan isteri untuk mendapat seorang anak untuk menyambung zuriat kami. Alhamdulillah.Isteri saya dah disahkan mengandung hampir dua bulan. Serentak daripada itu juga, isteri mendapat panggilan temuduga untuk jawatan pegawai psikologi jabatan perkhidmatan awam. Hari ini bila saya datang ke sekolah, saya dikhabarkan pula akan dihantar oleh pihak majikan menyambung pelajaran untuk mendapatkan diploma pendidikan di UPSI. semua ini datang serentak. Mungkin ini yang dikatakan sebagai rezeki anak. Terima kasih Tuhan kerana nikmatMu dan jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur.Amin..

Tiada ulasan: