::TAARUF::

Foto saya
Diputrakan di Kg Pendek,Kelantan. Latar belakang pengajian: Universiti Malaysia Terengganu (Sarjana Muda Kaunseling)- Universiti Pendidikan Sultan Idris (Dip. Ed. Bimbingan dan Kaunseling)- Sijil Kaunselor Berdaftar Perakuan Amalan KB;PA (Mal) dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Beliau pernah mendapat anugerah "Lawrence Walter Award" kerana menjadi pelatih terbaik di dalam program latihan yang dianjurkan oleh International Institute Of Learning Without Learning(IIOLWL) yang merupakan sebuah institut latihan pendidikan bertaraf antarabangsa. Beliau merupakan panel modul kemahiran belajar untuk Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia dan ketua panel modul Personaliti bagi Sek Men Imtiaz negeri Terengganu.Beliau juga merupakan penceramah tetap Institut Latihan Islam Malaysia. Beliau aktif di dalam mengendalikan program dan kursus latihan pembangunan insan di jabatan kerajaan, syarikat swasta, universiti dan sekolah seluruh negara. Sekarang beliau merupakan kaunselor di Sek Men Imtiaz Besut,Terengganu Darul Iman(sekolah PMR terbaik negeri Terengganu,Sekolah Menengah Agama Terbaik Kebangsaan 2009,2011 dan Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia)

10 Mac, 2013

hardskill dan softskill

Salam ikon karismatik.

Semalam saya berkesempatan untuk berjumpa dengan para nuqoba' dari SMKA Falahiah. Berkongsi pengalaman dan pandangan merupakan kegemaran saya semenjak dari bangku sekolah lagi. Entah mengapa,saya daripada kecil lagi tidak suka kepada pandangan satu hala. Saya tidak suka dipaksa untuk menerima sesuatu pandangan secara doktrin. Saya gemar untuk berbincang dan berkongsi pandangan dengan teman-teman mahupun dengan para pelajar. Bagi saya, di dalam negara yang mengamalkan demokrasi, kita dibenarkan bersetuju untuk tidak bersetuju.
Banyak isu-isu yang dibincangkan dengan adik-adik dari SMKA Falahiah. Antara persoalan yang diajukan adalah kebanyakannya berlegar di sekitar masalah bagaimana ingin menakluki hati mad'u. disini suka untuk saya nyatakan bahawa kita tidak boleh memenangi hati mad'u(klien dakwah )jika kita tidak membuat persediaan dari sudut "softskill" dan "hardskill". diantara softskill yang diperlukan untuk menjadi naqib yang baik ialah kemahiran komunikasi,kemahiran mengurus,kemahiran memimpin dan lain-lain. Disamping itu juga hardskill juga harus diperkasakan. Kadang-kadang kita hebat dari sudut berkata-kata tetapi gagal dari sudut penampilan dan personaliti diri. Menjadi kebiasaan bagi "orang-orang dakwah" untuk berpakaian ala kadar sahaja di atas alasan zuhud,tawaddhok dan lain-lain.
Akhirnya Islam dilihat selekeh,tidak ada gaya dan jumud. Oleh itu,unsur-unsur hardskill juga mesti diperkasakan supaya orang bukan Islam melihat bahawa Islam adalah agama yang amat menitikberatkan kebersihan,keindahan dan keelokan.

Wahai pendakwah,perkasakan dirimu supaya kamu tidak menjadi fitnah kepada agama kamu sendiri!