::TAARUF::

Foto saya
Diputrakan di Kg Pendek,Kelantan. Latar belakang pengajian: Universiti Malaysia Terengganu (Sarjana Muda Kaunseling)- Universiti Pendidikan Sultan Idris (Dip. Ed. Bimbingan dan Kaunseling)- Sijil Kaunselor Berdaftar Perakuan Amalan KB;PA (Mal) dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Beliau pernah mendapat anugerah "Lawrence Walter Award" kerana menjadi pelatih terbaik di dalam program latihan yang dianjurkan oleh International Institute Of Learning Without Learning(IIOLWL) yang merupakan sebuah institut latihan pendidikan bertaraf antarabangsa. Beliau merupakan panel modul kemahiran belajar untuk Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia dan ketua panel modul Personaliti bagi Sek Men Imtiaz negeri Terengganu.Beliau juga merupakan penceramah tetap Institut Latihan Islam Malaysia. Beliau aktif di dalam mengendalikan program dan kursus latihan pembangunan insan di jabatan kerajaan, syarikat swasta, universiti dan sekolah seluruh negara. Sekarang beliau merupakan kaunselor di Sek Men Imtiaz Besut,Terengganu Darul Iman(sekolah PMR terbaik negeri Terengganu,Sekolah Menengah Agama Terbaik Kebangsaan 2009,2011 dan Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia)

24 Disember, 2008

"Sibuk"



Salam ikhlas penuh ukuwwah.

Maaf dipinta kepada pembaca setia blog aurakarismatik. Sudah lama saya tidak "update" blog ini. Mungkin disebabkan kesibukan yang sentiasa menyelubungi diri sejak akhir kebelakangan ini. Semakin hari semakin sibuk kita. Semakin sibuk kita , semakin kita tidak sedari yang semakin meningkat umur kita.Semakin meningkat umur kita bermakna semakin dekat saat untuk kita bertemu Pencipta. Ya.. mungkin ini yang dapat saya pelajari dari peristiwa "sibuk " ini. Bercakap soal "sibuk" mengingatkan saya kepada seorang kawan yang sedang menyambung PHD sekarang ini. Beliau amat tidak suka kepada perkataan "sibuk" kerana bagi beliau, sibuk hanyalah satu perkataan yang bersifat "alasan". semakin banyak kita menyatakan kita sibuk, semakin banyak alasan untuk kita tidak berbuat sesuatu dalam hidup. Mungkin ada benarnya pandangan sahabat saya tadi. Tidak ada istilah "sibuk" tetapi yang ada hanyalah "menyibukkan diri."

Bagi saya, sibuk tidak mengapa kerana ia juga bersifat "nikmat". Tanpa sibuk, manusia akan sentiasa tidak dapat melupakan sesuatu peristiwa yang negatif di dalam hidupnya. kerana sibuklah fikiran dapat "berhenti" sekejap daripada memikirkan hal-hal yang demikian. jadi letakkanlah "sibuk" di tempat yang sebetulnya. Jangan sampai "sibuk" menjadi suatu alasan untuk tidak berbuat apa-apa. letakkan sibuk hanya di tangan, jangan sampai dibawa masuk ke dalam hati.

Semoga berjumpa lagi

Tiada ulasan: