::TAARUF::

Foto saya
Diputrakan di Kg Pendek,Kelantan. Latar belakang pengajian: Universiti Malaysia Terengganu (Sarjana Muda Kaunseling)- Universiti Pendidikan Sultan Idris (Dip. Ed. Bimbingan dan Kaunseling)- Sijil Kaunselor Berdaftar Perakuan Amalan KB;PA (Mal) dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Beliau pernah mendapat anugerah "Lawrence Walter Award" kerana menjadi pelatih terbaik di dalam program latihan yang dianjurkan oleh International Institute Of Learning Without Learning(IIOLWL) yang merupakan sebuah institut latihan pendidikan bertaraf antarabangsa. Beliau merupakan panel modul kemahiran belajar untuk Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia dan ketua panel modul Personaliti bagi Sek Men Imtiaz negeri Terengganu.Beliau juga merupakan penceramah tetap Institut Latihan Islam Malaysia. Beliau aktif di dalam mengendalikan program dan kursus latihan pembangunan insan di jabatan kerajaan, syarikat swasta, universiti dan sekolah seluruh negara. Sekarang beliau merupakan kaunselor di Sek Men Imtiaz Besut,Terengganu Darul Iman(sekolah PMR terbaik negeri Terengganu,Sekolah Menengah Agama Terbaik Kebangsaan 2009,2011 dan Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia)

22 Julai, 2009

Bahagia

Salam perjuangan dan kasih sayang.

Hari ini saya ingin bercakap soal bahagia. Ya.. setiap orang inginkan bahagia.Punya keluarga bahagia, suami isteri bahagia,anak-anak bahagia dan segalanya bahagia.Pendek kata kita inginkan kehidupan yang bahagia. Ini kehendak orang biasa-biasa.
Pembaca sekalian,
Bagaimana pula kehendak orang yang luar biasa? Kehendak orang yang luar biasa ialah bukan sekadar hidupnya bahagia bahkan matinya juga bahagia. Ya, bahagia di dunia dan bahagia juga di SANA..nak bahagia di sini dan di sana kita perlu kepada hati yang bahagia. Hati bahagia dia tidak dengki. Hati yang bahagia dia tidak iri hati. Hati yang bahagia tidak akan akan kecewa dan hati yang bahagia dia tidak akan merana. Kerana hati yang bahagia tahu bahawa hidup dijadikan untuk bahagia dan membahagiakan.Hati yang bahagia tahu bahawa setiap nikmat adalah kurnia Yang Maha Membahagiakan dan setiap azab adalah tanda kasih sayang ArRahman untuk menuju jalan yang bahagia.

Para pembaca budiman..
Bahagia tidak datang,bahagia perlu dicari. Bahagia itu membahagiakan, bahagia menjauhkan benci.Bahagia itu kesan, hati yang sakinah itu kunci. Justeru,selagi jantung berdegup, bahagia perlu dihidup.Selagi nadi berdetik, bahagia semakin berputik dan selagi darah mengalir, bahagia takkan cair. Carilah bahagia kerana bahagia milik kita. Semoga saya bahagia, anda bahagia dan kita semua bahagia. bahagia di SINI dan bahagia di SANA.

Wassalam

Kata-kata Inspirasi:

"Bahagia Tdak Datang,Bahagia Perlu Dicari.Carilah Bahagia Kerana Bahagia Adalah Milik Kita."

4 ulasan:

TulipKu berkata...

bagaimana mencari bahagia di tempat yang berbeza?

Muizzuddin Mukhtar berkata...

Dalam maksud kak izah kita pada suaminya...hahahaha

humaira' berkata...

apa yang Muiz katakan? kurang faham..abang, Bahagia bukan di cari tetapi perlu dibentuk oleh dua jiwa satu hati yang bercinta keranaNYA.

Semoga kita bahagia pada hidup dan mati kita..

Tanpa Nama berkata...

Untuk tulipku, bahagia akan muncul apabila kita buka hati untuk menerimanya. Kalau kita block minda kita untuk menerimanya, bahagia tidak akan hadir walau di mana sahaja kita berada.
Din, tulipku tu bukan kak izzah..
Untuk humaira' ku sayang, abg setuju.Bahagia perlu dibentuk.