
Salam perjuangan dan kasih sayang.
Apa khabar saudara? Semoga sentiasa berada di dalam jaringan aura karismatik.
Untuk coretan kali ini,saya ingin meneruskan tulisan saya sebelum ini iaitu mengenai ciri-ciri pemimpin unggul. Sebelum ini kita telah berbicara tentang dua huruf iaitu U dan N. Pada kali ini kita teruskan dengan huruf "G" iaitu "GOLD".
Gold mewakili sesuatu benda yang bernilai. Perumpamaan yang mudah ialah seperti duit dan kertas biasa. Kedua-duanya diperbuat daripada kertas tetapi duit lebih dikehendaki oleh manusia walau bagaimana buruknya rupa atau keadaan duit itu berbanding dengan kertas.
Lantas kenapakah begitu saudara? Hal ini demikian kerana duit mempunyai nilai kepada manusia. Analogi yang cukup mudah untuk difahami oleh manusia. Begitulah saudara jika kita merupakan seorang manusia yang mempunyai nilai tambah. Kita akan sentiasa dicari oleh manusia walau bagaimana terukpun keadaan kita.Ibarat kata orang-orang tua,kalau dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak dihutan menjadi tumbuh-tumbuhan. Kita akan menjadi permata berharga kepada ummat manusia.
Jadilah orang yang bernilai pada pandangan manusia dan juga pada pandanganNya.Mudah-mudahan ganjaran yang luar biasa hebat yang akan dikurnia olehNya kepada kita.
wassalam
1 ulasan:
duit..duit...duit.. manusia hilang panduan bila duit dijadikan segala2nya..namun duit perlu untuk kesinambungan hidup. So, hidup bahagia bila kita mempunyai nilai.
Catat Ulasan