Salam Karismatik
Rasanya belum terlewat untuk
mengucapkan selamat menyambut hari raya Eidul Fitri kepada semua pembaca
blog ikon karismatik ini. Taqabbalallahu minna waminkum.Semoga Universiti Tarbiyyah Ramadhan yang
telah kita lalui sebulan yang lepas memberi impak maksima kepada
perjalanan hidup kita setahun yang mendatang.
Pada entri kali ini
saya ingin berkongsi dengan anda tentang perjuangan. Ramai orang suka
dengan perkataan PERJUANGAN. Ya.. hidup ini juga merupakan suatu
perjuangan. Orang politik berjuang cara politik. Orang bahasa berjuang
cara bahasa. Orang pendidikan berjuang cara pendidikan. Masing-masing
punya corak perjuangan masing-masing.
Orang perjuangan amat
memerlukan karisma.Orang politik jika tidak ada karisma, dia tidak dapat
jadi pemimpin yang baik dan dihormati. Jika guru tidak ada karisma, dia
tidak akan dapat membentuk para pelajar dengan baik. Orang bahasa jika
tidak punya karisma, orang tidak mahu dengar apa yang dia ingin
perjuangkan. Begitulah pentingnya karisma kepada manusia.
Di
dalam perjuangan, karisma amat penting. Perjuangan memerlukan seni
mempengaruhi khalayak. Karisma memberi makna kepada perjuangan. Tanpa
karisma, perjuangan jadi kaku,perjalanannya jadi lesu.Karisma akan
terbentuk bila para pejuang berpegang kepada rukun perjuangan.
Setiap
perjuangan ada rukun perjuangannya yang tersendiri. Secara umumnya
dapat saya simpulkan rukun asas kepada perjuangan ialah
idealisma,aktivisma dan intelektualisma. Orang yang berjuang perlu jelas
tentang apakah ideologi perjuangannya. Orang yang berjuang tanpa
idealogi umpama orang yang bermain golf tanpa ada lubangnya. Nampaknya
bekerja tetapi tidak tahu ke mana halatuju pekerjaannya. Akhirnya apa
yang diperbuat menjadi sia-sia.
Orang yang berjuang juga perlu
menjadi aktivis(amilin)kepada perjuangan. Berjuang mesti
berhabis-habisan. Bukan berjuang sekadar suka-suka atau mengisi masa
lapang. Golongan "murobitun" amat didambakan dalam sesuatu perjuangan.
Aktivis perjuangan rela untuk menempuh apa sahaja halangan demi
menegakkan cita-cita perjuangan. Kualiti kerja menjadi perkara asas dan
utama kepada orang perjuangan.
Di samping itu, orang perjuangan
juga perlu mendokong nilai keilmuan di dalam perjuangan. Sesuatu
perjuangan akan kehilangan makna apabila pemimpinnya lesu daripada orbit
keilmuan. Ini bermakna orang perjuangan harus melengkapkan dirinya
dengan keilmuan sehingga menjadi orang yang pakar di dalam sesuatu
bidang. Pemimpin yang mempunyai kualiti ilmu dan kemahiran ini dapat
memberi cahaya dan menunjuk jalan bagi memandu sesuatu perjuangan
sehingga mencapai apa yang dicita-citakan.
Secara tuntasnya
apabila rukun asas perjuangan ini berjaya dihadam oleh orang-orang
perjuangan,dengan izin Allah karisma akan dicampakkan kepada mereka
untuk memandu para "jundiyyah" untuk meneruskan perjuangan
kemercunya.
Wassalam
::TAARUF::
- Cr. Mohd Fakrul Rizal bin Mohamed Din KB; PA (Mal)
- Diputrakan di Kg Pendek,Kelantan. Latar belakang pengajian: Universiti Malaysia Terengganu (Sarjana Muda Kaunseling)- Universiti Pendidikan Sultan Idris (Dip. Ed. Bimbingan dan Kaunseling)- Sijil Kaunselor Berdaftar Perakuan Amalan KB;PA (Mal) dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Beliau pernah mendapat anugerah "Lawrence Walter Award" kerana menjadi pelatih terbaik di dalam program latihan yang dianjurkan oleh International Institute Of Learning Without Learning(IIOLWL) yang merupakan sebuah institut latihan pendidikan bertaraf antarabangsa. Beliau merupakan panel modul kemahiran belajar untuk Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia dan ketua panel modul Personaliti bagi Sek Men Imtiaz negeri Terengganu.Beliau juga merupakan penceramah tetap Institut Latihan Islam Malaysia. Beliau aktif di dalam mengendalikan program dan kursus latihan pembangunan insan di jabatan kerajaan, syarikat swasta, universiti dan sekolah seluruh negara. Sekarang beliau merupakan kaunselor di Sek Men Imtiaz Besut,Terengganu Darul Iman(sekolah PMR terbaik negeri Terengganu,Sekolah Menengah Agama Terbaik Kebangsaan 2009,2011 dan Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia)
1 ulasan:
ada orang berjuang kerana ikut-ikut kawan. perjuangan kerana ikut-ikut kawan biasanya tak lama sebab perjuangan bermula dari kefahaman, kemudian menimbulkan kesedaran dan keihlasan untuk berjuang.
imam hassan al-banna juga berbincang pnjang lebar tentang orang-orang berjuang ni kan..
tapi,yg paling saya tertarik,katanya "nikmat terbesar selepas nikmat iman dan islam adalah kefahaman..".
wallahua'lam..
moga penulisan cg makin tersebar..
Catat Ulasan