::TAARUF::

Foto saya
Diputrakan di Kg Pendek,Kelantan. Latar belakang pengajian: Universiti Malaysia Terengganu (Sarjana Muda Kaunseling)- Universiti Pendidikan Sultan Idris (Dip. Ed. Bimbingan dan Kaunseling)- Sijil Kaunselor Berdaftar Perakuan Amalan KB;PA (Mal) dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Beliau pernah mendapat anugerah "Lawrence Walter Award" kerana menjadi pelatih terbaik di dalam program latihan yang dianjurkan oleh International Institute Of Learning Without Learning(IIOLWL) yang merupakan sebuah institut latihan pendidikan bertaraf antarabangsa. Beliau merupakan panel modul kemahiran belajar untuk Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia dan ketua panel modul Personaliti bagi Sek Men Imtiaz negeri Terengganu.Beliau juga merupakan penceramah tetap Institut Latihan Islam Malaysia. Beliau aktif di dalam mengendalikan program dan kursus latihan pembangunan insan di jabatan kerajaan, syarikat swasta, universiti dan sekolah seluruh negara. Sekarang beliau merupakan kaunselor di Sek Men Imtiaz Besut,Terengganu Darul Iman(sekolah PMR terbaik negeri Terengganu,Sekolah Menengah Agama Terbaik Kebangsaan 2009,2011 dan Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia)

26 Februari, 2009


Salam perpaduan dan kasih sayang.

Saudara,mulakan pagi anda dengan Bismillah, mudah-mudahan diturunkan berkat(energi positif),dijauhi laknat(energi negatif),dilimpahi rahmat dan disantuni hidayah. Tariklah kekayaan budi dan kemakmuran hati sebelum datangnya kekayaan harta dan kemakmuran hidup di dunia.Semuanya bermula dengan hati yang positif. Hati yang positif akan mengalirkan energi yang positif. Energi yang positif pula akan menghasilkan suasana yang positif. Aura-aura positif akan terbentuk di dalam diri dan inilah yang akan membuatkan muka kita bercahaya, tubuh lebih bermaya, perasaan lebih ceria, minda lebih bijaksana dan hidup menjadi lebih bermakna.
Tetapi jika kita mulakan dengan hati yang negatif, maka ia juga akan "menegatifkan" keseluruhan hidup anda pada hari tersebut. Ini adalah kerana hati menjadi "suis" utama untuk menggerakkan energi yang ada disekeliling kita.

Pada kesempatan ini, saya ingin berkongsi mengenai kuasa imiginasi(power of imigination). Saya percaya bahawa tidak ada seorangpun di antara kita yang tidak pernah berimiginasi. Tetapi adakah kita tahu bahawa imiginasi kita begitu berkuasa? Kalau kita bertanya kepada orang-orang yang berjaya,pasti mereka akan menyatakan bahawa mereka berjaya kerana mereka meletakkan matlamat yang jelas tentang apa yang inign mereka capai di dalam hidup.Penetapan matlamat adalah salah satu contoh imiginasi. Apabila seseorang meletakan suatu matlamat, apa yang ada di dalam mindanya ialah suatu bentuk gambaran tentang apa yang ingin di capai.Gambaran tadi akan disimpan oleh minda separa sedar dan minda separa sedar ini akan sentiasa mengingatkan kepada anggota tubuh badan yang lain supaya bekerja menuju ke arah apa yang ingin dicapai. Begitulah aturan yang telah Allah susun(sunatullah) kepada kita dalam mencapai apa yang kita inginkan.Samada kita sedar atau tidak, begitulah yang kerap berlaku dalam diri kita.
Sebagai contoh semalam saya dihubungi oleh seseorang yang memang saya berniat untuk berjumpa dengannya untuk bertanyakan sesuatu. Beliau ialah saudara Amin Idris seorang motivator energetik dari RK Training yang sedang meningkat naik sekarang ini. Beliau merupakan senior saya ketika belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah, Kelantan.Saya seperti tidak percaya apabila tiba-tiba abg Amin menelefon dan bertanya khabar tentang keadaan isteri saya dan menjawab persoalan yang ingin saya tanyakan kepada beliau.Beliau juga menyatakan bahawa sentiasa melawat blog aurakarismatik ini. Satu lagi perkara yang membuatkan saya kagum dan takjub dengan kuasa Allah S.W.T. Kenapa saya nyatakan demikian? Ini adalah kerana apa yang berlaku itu sama seperti apa yang telah saya imiginasikan.Perkara yang sama berlaku lagi pada pagi ini ke atas diri saya.Saya dihubungi pula oleh seorang rakan lama yang memang saya berniat untuk bertemu dengannya untuk berbincang tentang suatu program. Apa yang menarik ialah kedua-dua peristiwa di atas berlaku sejurus sahaja saya berniat untuk berhubungan dengan mereka. Bagaimanakah semua keajaiban ini boleh terjadi? Insyaalah saya akan jelaskan pada tulisan yang akan datang.Jadi,tunggu.. Semoga anda sentiasa ceria dan mendapat manfaat daripada perkongsian yang tidak seberapa ini.

Wassalam

Sir M.F. Rizal

Tiada ulasan: