::TAARUF::

Foto saya
Diputrakan di Kg Pendek,Kelantan. Latar belakang pengajian: Universiti Malaysia Terengganu (Sarjana Muda Kaunseling)- Universiti Pendidikan Sultan Idris (Dip. Ed. Bimbingan dan Kaunseling)- Sijil Kaunselor Berdaftar Perakuan Amalan KB;PA (Mal) dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Beliau pernah mendapat anugerah "Lawrence Walter Award" kerana menjadi pelatih terbaik di dalam program latihan yang dianjurkan oleh International Institute Of Learning Without Learning(IIOLWL) yang merupakan sebuah institut latihan pendidikan bertaraf antarabangsa. Beliau merupakan panel modul kemahiran belajar untuk Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia dan ketua panel modul Personaliti bagi Sek Men Imtiaz negeri Terengganu.Beliau juga merupakan penceramah tetap Institut Latihan Islam Malaysia. Beliau aktif di dalam mengendalikan program dan kursus latihan pembangunan insan di jabatan kerajaan, syarikat swasta, universiti dan sekolah seluruh negara. Sekarang beliau merupakan kaunselor di Sek Men Imtiaz Besut,Terengganu Darul Iman(sekolah PMR terbaik negeri Terengganu,Sekolah Menengah Agama Terbaik Kebangsaan 2009,2011 dan Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia)

11 Februari, 2009

"Terima Kasih Tuhan"

Salam ceria dan salam kasih sayang.
Semalam merupakan hari "tarbiyyah" Allah S.W.T kepada saya. Allah telah mengajarkan kepada saya tentang 2 ilmu yang istimewa. Ilmu yang pertama ialah ilmu meningkatkan kesabaran dan ilmu yang kedua ialah ilmu kasih sayang. Semalam datuk kesayangan saya telah dipanggil mengadap ilahi. begitu juga dengan "bakal anak" saya. Isteri saya telah mengalami keguguran setelah 3 bulan mengandungkan "anak" kami. Peristiwa itu berlaku setelah selesai sahaja mengebumikan datuk saya.sebagai manusia biasa, sudah tentulah saya berasa sedih tetapi semua itu dapat saya atasi apabila saya menyedari bahawa apa yang Allah bagi, itulah yang terbaik buat diri saya. saya menanggung 2 kesedihan dalam satu masa dan ini menuntut kesabaran yang tinggi. saya juga belajar tentang erti kasih sayang yang sebenar dalam perkahwinan. Pengalaman menenangkan isteri, mengangkat isteri, memandikan isteri dan menjaga isteri menyebabkan saya semakin terasa nikmat berkeluarga. terima kasih Tuhan kerana memilih saya untuk semua ini. Terima kasih juga kepada semua teman2 yang datang melawat, menelefon, dan yang menghantar sms bertanyakan kesihatan isteri.Keprihatinan kalian sekali lagi menyebabkan saya terasa nikmat berkasih sayang kerana Allah. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. wassalam

2 ulasan:

eady berkata...

assalamualaikum..kami yakin cg tabah menghadapi dugaan Allah...... semakin banyak dugaan dari Allah kepada hambanya semakin sayang Allah terhadap hambanya....(amalina n the gang f2 2009 smiqb)

nuR-eL berkata...

cg...kami pljr f5 harap cg bersabar..
takziah kami ucapkan...