::TAARUF::

Foto saya
Diputrakan di Kg Pendek,Kelantan. Latar belakang pengajian: Universiti Malaysia Terengganu (Sarjana Muda Kaunseling)- Universiti Pendidikan Sultan Idris (Dip. Ed. Bimbingan dan Kaunseling)- Sijil Kaunselor Berdaftar Perakuan Amalan KB;PA (Mal) dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Beliau pernah mendapat anugerah "Lawrence Walter Award" kerana menjadi pelatih terbaik di dalam program latihan yang dianjurkan oleh International Institute Of Learning Without Learning(IIOLWL) yang merupakan sebuah institut latihan pendidikan bertaraf antarabangsa. Beliau merupakan panel modul kemahiran belajar untuk Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia dan ketua panel modul Personaliti bagi Sek Men Imtiaz negeri Terengganu.Beliau juga merupakan penceramah tetap Institut Latihan Islam Malaysia. Beliau aktif di dalam mengendalikan program dan kursus latihan pembangunan insan di jabatan kerajaan, syarikat swasta, universiti dan sekolah seluruh negara. Sekarang beliau merupakan kaunselor di Sek Men Imtiaz Besut,Terengganu Darul Iman(sekolah PMR terbaik negeri Terengganu,Sekolah Menengah Agama Terbaik Kebangsaan 2009,2011 dan Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia)

02 Februari, 2009

Teknik "Pasak 4 M"

Salam perjuangan dan kasih sayang.

Setiap orang mahu dirinya disukai dan dihormati oleh orang lain. Hal ini demikian kerana tuhan telah menjadikan perasaan ini secara fitrah di dalam diri manusia.Hari ini saya ingin kongsikan teknik-teknik supaya anda disukai dan di hormati. Saya namakan teknik ini sebagai teknik "Pasak 4 M"

M yang pertama ialah Menolong. Manusia suka jika dirinya ditolong. Jadi untuk menjadikan diri anda disukai, perbanyakkan aktiviti menolong. tolonglah sesiapa sahaja samada ibubapa anda, sahabat-sahabat anda dan orang-orang yang memerlukan pertolongan.
M yang kedua ialah Menerima. Anda mesti menjadi seorang yang dapat "MENERIMA" orang lain. jika anda bercita-cita supaya orang disekeliling menerima anda, mulai sekarang belajarlah untuk menerima orang lain.
M yang seterusnya ialah Menghargai. Menghargai apa sahaja yang berada disekeliling anda. Ini penting kerana tidak ada seorang manusiapun yang tidak ingin dirinya dihargai. sekali kita menghargai diri orang lain, kita akan sentiasa dihargai pula oleh orang lain.
M yang terakhir sekali ialah Mengasihi. Belajarlah untuk mengasihi orang-orang di sekeliling anda.kasih sayang merupakan sesuatu yang diperlukan oleh semua orang. Jadi, berilah kasih sayang tanpa mengharapkan apa-apa balasan keduniaan. Dengan izin Allah, anda juga akan dikasihi oleh makhluk di langit dan di bumi.

wallahu a'lam

Tiada ulasan: