::TAARUF::

Foto saya
Diputrakan di Kg Pendek,Kelantan. Latar belakang pengajian: Universiti Malaysia Terengganu (Sarjana Muda Kaunseling)- Universiti Pendidikan Sultan Idris (Dip. Ed. Bimbingan dan Kaunseling)- Sijil Kaunselor Berdaftar Perakuan Amalan KB;PA (Mal) dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Beliau pernah mendapat anugerah "Lawrence Walter Award" kerana menjadi pelatih terbaik di dalam program latihan yang dianjurkan oleh International Institute Of Learning Without Learning(IIOLWL) yang merupakan sebuah institut latihan pendidikan bertaraf antarabangsa. Beliau merupakan panel modul kemahiran belajar untuk Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia dan ketua panel modul Personaliti bagi Sek Men Imtiaz negeri Terengganu.Beliau juga merupakan penceramah tetap Institut Latihan Islam Malaysia. Beliau aktif di dalam mengendalikan program dan kursus latihan pembangunan insan di jabatan kerajaan, syarikat swasta, universiti dan sekolah seluruh negara. Sekarang beliau merupakan kaunselor di Sek Men Imtiaz Besut,Terengganu Darul Iman(sekolah PMR terbaik negeri Terengganu,Sekolah Menengah Agama Terbaik Kebangsaan 2009,2011 dan Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia)

20 Oktober, 2008

Program Ke Arah Kecemerlangan Akademik(KACA) siri 1

Hari ini saya agak keletihan kerana baru sahaja selesai menjalankan satu kursus Ke Arah Kecemerlangan Akademik (KACA) siri 1 kepada 62 orang mahasiswa UITM Kampus Bandaraya Johor. Semalam bertolak dari Johor dan pagi ini terus berkejar ke Besut untuk menyambung kursus kaedah pantas belajar yang sedang saya ikuti. Walaupun keletihan, hati tetap gembira kerana dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dengan adik-adik yang luar biasa hebatnya dari UITM ini. saya sungguh terharu dengan sambutan luar biasa yang diterima oleh pihak Smart Inside Resources(SIR). Rata rata peserta amat berpuas hati dengan segala modul yang telah disediakan dan berharap dapat bersama-sama lagi untuk program-program yang akan datang. Ketika Majlis Penutupan program, Dr Hj Ahmad B. Che Yaacob selaku Koordinator UITM Kampus Bandaraya Johor Bharu juga telah menyatakan bahawa beliau amat berpuas hati dengan program ini kerana telah berjaya mengubah sikap pelajar dalam waktu yang begitu singkat. semoga slogan "Change for Excellence" sentiasa segar di dalam ingatan para peserta. Beghehh!! Jutaan terima kasih juga kepada Bro jat dan Bro Zul kerana sudi bersama-sama untuk mendidik anak bangsa. Jasa kalian tetap saya kenang. Begitu juga dengan isteri tercinta yang begitu komited dalam memastikan para pelajarnya berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran . Semoga usaha ini menjadi bekal kepada kita di negeri yang lebih kekal dan abadi nanti. UITM Kampus Bandaraya Johor Bharu telah mencuba program SIR, anda bila lagi??

Tiada ulasan: