::TAARUF::

Foto saya
Diputrakan di Kg Pendek,Kelantan. Latar belakang pengajian: Universiti Malaysia Terengganu (Sarjana Muda Kaunseling)- Universiti Pendidikan Sultan Idris (Dip. Ed. Bimbingan dan Kaunseling)- Sijil Kaunselor Berdaftar Perakuan Amalan KB;PA (Mal) dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Beliau pernah mendapat anugerah "Lawrence Walter Award" kerana menjadi pelatih terbaik di dalam program latihan yang dianjurkan oleh International Institute Of Learning Without Learning(IIOLWL) yang merupakan sebuah institut latihan pendidikan bertaraf antarabangsa. Beliau merupakan panel modul kemahiran belajar untuk Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia dan ketua panel modul Personaliti bagi Sek Men Imtiaz negeri Terengganu.Beliau juga merupakan penceramah tetap Institut Latihan Islam Malaysia. Beliau aktif di dalam mengendalikan program dan kursus latihan pembangunan insan di jabatan kerajaan, syarikat swasta, universiti dan sekolah seluruh negara. Sekarang beliau merupakan kaunselor di Sek Men Imtiaz Besut,Terengganu Darul Iman(sekolah PMR terbaik negeri Terengganu,Sekolah Menengah Agama Terbaik Kebangsaan 2009,2011 dan Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia)

15 Oktober, 2008

Program Minggu Ini (PMI)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Sebar-sebarkan energi positif kepada semua yang ada di sekeliling anda. Mudah mudahan semua yang ada akan menjadi insan yang berminda positif kerana minda positif menjadi prasyarat untuk melahirkan "Aura Karismatik". Saya sekarang sedang mengikuti satu kursus yang agak panjang iaitu selama sebulan lamanya. Bayarannya juga agak tinggi iaitu RM1000 seorang(mujur orang tolong bayarkan,hehe..) Kursus tentang kaedah pembelajaran pantas. walaupun saya sentiasa "mengkursuskan" orang, saya juga mesti "dikursuskan" supaya berlakunya penyeimbangan dari sudut input dan Output. Insyaallah pada 18hb dan 19hb Oktober(sabtu dan ahad) ini, saya dan fasilitator dari Smart Inside Resources(SIR) akan menyelaras satu kursus kecemerlangan akademik UITM kampus Bandaraya, Larkin, Johor. rasa tak sabar untuk bersama adik-adik peserta yang luar biasa hebatnya yang berjumlah 61 orang kesemuanya. mudah-mudahan ada sesuatu yang boleh kita kongsikan di sana nanti. buat adik-adik peserta, bersedialah untuk mengalami suatu perubahan yang menyeronokkan dalam diri anda ke arah kecemerlangan. Change For Excellence! Beghehh!!

Tiada ulasan: