::TAARUF::

Foto saya
Diputrakan di Kg Pendek,Kelantan. Latar belakang pengajian: Universiti Malaysia Terengganu (Sarjana Muda Kaunseling)- Universiti Pendidikan Sultan Idris (Dip. Ed. Bimbingan dan Kaunseling)- Sijil Kaunselor Berdaftar Perakuan Amalan KB;PA (Mal) dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Beliau pernah mendapat anugerah "Lawrence Walter Award" kerana menjadi pelatih terbaik di dalam program latihan yang dianjurkan oleh International Institute Of Learning Without Learning(IIOLWL) yang merupakan sebuah institut latihan pendidikan bertaraf antarabangsa. Beliau merupakan panel modul kemahiran belajar untuk Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia dan ketua panel modul Personaliti bagi Sek Men Imtiaz negeri Terengganu.Beliau juga merupakan penceramah tetap Institut Latihan Islam Malaysia. Beliau aktif di dalam mengendalikan program dan kursus latihan pembangunan insan di jabatan kerajaan, syarikat swasta, universiti dan sekolah seluruh negara. Sekarang beliau merupakan kaunselor di Sek Men Imtiaz Besut,Terengganu Darul Iman(sekolah PMR terbaik negeri Terengganu,Sekolah Menengah Agama Terbaik Kebangsaan 2009,2011 dan Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia)

15 Oktober, 2008

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kaunseling


Apa Itu Kaunseling?

Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.


Matlamat Kaunseling


Membantu meningkatkan kemahiran klien dalam menangani masalah
Membantu klien mengenalpasti potensi dirinya sendiri
Membantu klien mengubah tingkahlaku
Membantu klien dalam proses membuat keputusan
Memberi semangat dan motivasi
Membantu klien memperbaiki hubungan interpersonal dan intrapersonal


Sasaran
Semua yang memerlukan. Anda dialu-alukan bertemu kaunselor melalui 5 kaedah berikut:
- secara sukarela (walk-in

- temujanji



- dirujuk atau disarankan bertemu kaunselor

Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Kaunseling individu
Kaunseling Kelompok
Program-program bimbingan
Sayangi Diri (Loving Ourselves)
Kenali Diri (Developing Self-Confidence)
Memahami Perhubungan Kekeluargaan
Peningkatan Prestasi Akademik
Kemahiran Perhubungan Sosial
Kemahiran Krisis (Crisis Intervention)
Menangani Kebimbangan (Anxiety)
Menangani Kesedihan (Grieving)
Menangani Kemurungan (Handling Disappointments)





Siapa itu Kaunselor?

Kaunselor adalah seseorang yang bekerja secara profesional dan berkelayakan dalam bidang psikologi kaunseling. Mereka mengkhususkan perkhidmatan berkaitan pertumbuhan dan perkembangan diri, ujian psikologi, modifikasi tingkahlaku, kesihatan mental, kekeluargaan dan lain-lain. Segalanya tertakluk mengikut Kod Etika Kaunselor yang telah ditetapkan. Antaranya menitikberatkan kerahsiaan klien, membantu tanpa syarat dan setiap klien adalah sama penting serta berhak dihormati.

Tujuan kaunseling

1) Memberi Maklumat
2) Menggalakkan Celik Akal
3) Memberi Sokongan
4) Penyelesaian konflik
5) Membuat Keputusan



Siapa itu Klien?

Individu yang bertemu kaunselor bagi mendapatkan perkhidmatan kaunseling untuk berkongsi rasa, membantu dirinya membuat keputusan, mengatasi dilema, konflik dan kemusykilan.

Tiada ulasan: