::TAARUF::

Foto saya
Diputrakan di Kg Pendek,Kelantan. Latar belakang pengajian: Universiti Malaysia Terengganu (Sarjana Muda Kaunseling)- Universiti Pendidikan Sultan Idris (Dip. Ed. Bimbingan dan Kaunseling)- Sijil Kaunselor Berdaftar Perakuan Amalan KB;PA (Mal) dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Beliau pernah mendapat anugerah "Lawrence Walter Award" kerana menjadi pelatih terbaik di dalam program latihan yang dianjurkan oleh International Institute Of Learning Without Learning(IIOLWL) yang merupakan sebuah institut latihan pendidikan bertaraf antarabangsa. Beliau merupakan panel modul kemahiran belajar untuk Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia dan ketua panel modul Personaliti bagi Sek Men Imtiaz negeri Terengganu.Beliau juga merupakan penceramah tetap Institut Latihan Islam Malaysia. Beliau aktif di dalam mengendalikan program dan kursus latihan pembangunan insan di jabatan kerajaan, syarikat swasta, universiti dan sekolah seluruh negara. Sekarang beliau merupakan kaunselor di Sek Men Imtiaz Besut,Terengganu Darul Iman(sekolah PMR terbaik negeri Terengganu,Sekolah Menengah Agama Terbaik Kebangsaan 2009,2011 dan Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia)

06 Januari, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Salam perjuangan dan kasih sayang.
Sudah lama rasanya saya tidak menulis di laman blog ini. Tiba-tiba hari ini saya rasa terpanggil untuk membuat sedikit coretan sempena tahun baru masehi 2011. Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan selamat tahun baru untuk semua. Saya berdoa semoga tahun baru ini menjadi tahun untuk saya menjadi manusia yang lebih berjuang,lebih berkasih sayang dan lebih proaktif.
Saya mahu menjadi manusia yang lebih berjuang kerana saya mahu hidup saya lebih bermakna dan mati saya juga menjadi mati yang bermakna. Mulianya hidup kerana perjuangan. Manusia yang takut untuk berjuang ialah manusia yang telah mati sebelum mati. dan manusia yang paling bacul ialah manusia yang tidak mahupun untuk berjuang. 
Saya mahu menjadi manusia yang lebih berkasih sayang kerana dengan kasih sayanglah kita membina kehidupan dan kita memberi makna kepada kehidupan. Saya mahu lebih cinta kepada Allah,lebih cinta kepada Rasul.lebih cinta kepada agama,lebih cinta kepada ibubapa,lebih cinta kepada isteri dan anak-anak,lebih cinta kepada murid-murid dan lebih cita kepada semua makhluk Allah.teringat pesan Sang Murabbi, "dakwah itu HUBBUN". Tanpa cinta,dakwah akan jadi sia-sia. Tanpa cinta, mad'u akan terbiar begitu sahaja dan tanpa cinta,hidup hilang makna.
Saya mahu menjadi lebih proaktif kerana masa tidak menunggu kita. Peluang juga tidak akan menunggu kita. Saya harus proaktif dengan tugas-tugas yang saya pikul.Saya percaya bahawa kejayaan adalah milik manusia yang tidak hanya menunggu tetapi dia mencari dan mencipta kejayaan tadi.
Semoga Allah menyampaikan saya dengan impian saya ini. Saya telah mezahirkan impian saya untuk merangsang minda sedar,separa sedar dan bawah sedar saya supaya menuju kepada kejayaan. Anda pula bagaimana?
Semoga tahun 2011 ini juga menjanjikan kebahagiaan buat anda.

1 ulasan:

Inni Akhofullah berkata...

salam, cikgu mcm mne ye nk jd org yang lbh berkeyakinan n berani utk memberi n bercakap?