::TAARUF::

Foto saya
Diputrakan di Kg Pendek,Kelantan. Latar belakang pengajian: Universiti Malaysia Terengganu (Sarjana Muda Kaunseling)- Universiti Pendidikan Sultan Idris (Dip. Ed. Bimbingan dan Kaunseling)- Sijil Kaunselor Berdaftar Perakuan Amalan KB;PA (Mal) dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Beliau pernah mendapat anugerah "Lawrence Walter Award" kerana menjadi pelatih terbaik di dalam program latihan yang dianjurkan oleh International Institute Of Learning Without Learning(IIOLWL) yang merupakan sebuah institut latihan pendidikan bertaraf antarabangsa. Beliau merupakan panel modul kemahiran belajar untuk Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia dan ketua panel modul Personaliti bagi Sek Men Imtiaz negeri Terengganu.Beliau juga merupakan penceramah tetap Institut Latihan Islam Malaysia. Beliau aktif di dalam mengendalikan program dan kursus latihan pembangunan insan di jabatan kerajaan, syarikat swasta, universiti dan sekolah seluruh negara. Sekarang beliau merupakan kaunselor di Sek Men Imtiaz Besut,Terengganu Darul Iman(sekolah PMR terbaik negeri Terengganu,Sekolah Menengah Agama Terbaik Kebangsaan 2009,2011 dan Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia)

28 Januari, 2010

Personaliti Unggul Jana Bahagia

Salam Perjuangan dan kasih sayang.

Saya baru selesai mengajar anak-anak soleh pintar tingkatan satu sekolah menengah imtiaz Besut, Terengganu. Subjek yang saya ajar ialah subjek personaliti. Suatu subjek yang satu-satunya diajar di imtiaz sahaja. Besar harapan saya untuk melihat anak-anak didik saya menjadi manusia yang mempunyai personaliti yang hebat pada satu ketika nanti.

Saya selalu menekankan kepada pelajar bahawa untuk membentuk personaliti yang menarik, cara fikirnya dahulu yang mesti menarik. Bila kita berfikir secara menarik maka seluruh tindakan kita akan menjadi menarik. Menarik dengan makna dapat mengajak orang lain untuk selesa bermuamalah dengan kita, gembira apabila bersama dengan kita dan merasa kosong dan "lontong" jika berjauhan dengan kita.

Membina personaliti yang menarik bukanlah sesuatu yang mudah tetapi ianya tidak mustahil. Ianya boleh dilakukan dengan syarat kita ada azam dan kehendak. Saya cuba menanamkan dalam minda anak-anak buah saya bahawa antara perkara yang boleh membuatkan seseorang itu bahagia ialah dengan membahagiakan orang lain. Syarat untuk membahagiakan orang lain pula ialah perlu memastikan diri sendiri dulu bahagia. maknanya bahagia akan muncul dengan cara membahagiakan orang lain dengan diri yang bahagia.

Personaliti yang baik akan menjana hati yang bahagia. jadi renung-renungkan dan selamat membina personaliti yang unggul.
Wassalam

Tiada ulasan: