
salam perjuangan dan kasih sayang.
saya titipkan puisi ini sebagai pesanan buat wanita-wanita yang bergelar isteri.
PESANAN BUATMU BERGELAR ISTERI
Makna seorang Isteri itu
Apabila dia melayan karenah suami dengan senang hati...
Makna seorang isteri itu
Apabila dia rela berkorban tanpa mengungkit kembali...
Makna seorang isteri itu
Apabila dia memahami syurganya terletak di bawah tapak kaki suami..
Sehebat manapun isteri
Dia tidak boleh melawan cakap suami...
Berbincanglah tanpa memperlekehkan suami..
Walaupun suami itu boleh jadi kawan dan teman,
Tetapi suami itu tetap suami.
Walaupun,
Kadangkala suami dianggap musuh durjana...
Bersantunlah dengan suami
Kerana,
Balasannya SYURGA bagi isteri yang sabar
Dalam menguruskan urusan suami dan rumahtangga.
Jawatan tidak boleh bawa isteri ke syurga...
Harta juga tidak boleh bawa isteri ke syurga...
Hanya,
Redha suami dan Ketaatan isteri
Merupakan,
Lesen untuk seseorang isteri ke syurga.
Ikhlas daripada suami yang tidak mahu isterinya dilaknat makhluk di langit dan di bumi.
2 ulasan:
isteri amanah yang dari Allah yang perlu dijaga. Ia dia cipta dari rusuk kiri yang bengkok, didiklah ia, bantulah ia, belailah ia, & binbinglah ia dengan penuh kasih sayang dan cinta agar ia dapat memenangi tittle "wanita solehah" di mata mu suami dan Rabbulizzati.
wanita jiwanya lembut,wanita hatinya sensitif, wanita akalnya pendek, wanita nafsunya banyak, wanita pandangannya sempit, wanita dirinya lemah...oleh itu, lelaki yang bergelar suami tarbiyyah, didik, bimbing dan belailah ia dengan dengan penuh kelembutan dan berhati-hati berdasarkan ajaran Islam agar akan kau temui kehebatan di sebalik kelembutan wanita itu. "tanpa wanita tiada penyeri kehidupan"
Catat Ulasan