::TAARUF::

Foto saya
Diputrakan di Kg Pendek,Kelantan. Latar belakang pengajian: Universiti Malaysia Terengganu (Sarjana Muda Kaunseling)- Universiti Pendidikan Sultan Idris (Dip. Ed. Bimbingan dan Kaunseling)- Sijil Kaunselor Berdaftar Perakuan Amalan KB;PA (Mal) dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Beliau pernah mendapat anugerah "Lawrence Walter Award" kerana menjadi pelatih terbaik di dalam program latihan yang dianjurkan oleh International Institute Of Learning Without Learning(IIOLWL) yang merupakan sebuah institut latihan pendidikan bertaraf antarabangsa. Beliau merupakan panel modul kemahiran belajar untuk Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia dan ketua panel modul Personaliti bagi Sek Men Imtiaz negeri Terengganu.Beliau juga merupakan penceramah tetap Institut Latihan Islam Malaysia. Beliau aktif di dalam mengendalikan program dan kursus latihan pembangunan insan di jabatan kerajaan, syarikat swasta, universiti dan sekolah seluruh negara. Sekarang beliau merupakan kaunselor di Sek Men Imtiaz Besut,Terengganu Darul Iman(sekolah PMR terbaik negeri Terengganu,Sekolah Menengah Agama Terbaik Kebangsaan 2009,2011 dan Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia)

08 Mac, 2010

Dari dalam hati

Salam perjuangan dan kasih sayang.

Saya rasa kurang selesa dalam seminggu dua ini. Terlalu banyak isu-isu dan peristiwa yang berlaku dalam negara kita. Bermula dari isu politik,agama, sosial sehinggalah isu-isu yang melibatkan rumahtangga. Rogol,cerai,dera,dadah seolah-olah sudah menjadi hidangan pagi setiap hari. Lantas bagaimana seharusnya kita bertindak? Bagi saya, masalah tidak akan selesai jika kita mengambil langkah untuk menuding jari dan menyalahkan orang lain.

Saya meyakini bahawa Islam adalah penyelesaian. Tetapi apakah orang lain juga meyakini begitu? Islam telah mengatur kehidupan manusia dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara. Islam sudah cukup sempurna. yang tidak sempurna adalah kita. kita tidak sempurna dan yang lebih malang,kita tidak memilih islam untuk menyelesaikan polemik keruntuhan moral dan akhlak di dalam masyarakat.

Sidang pembaca,saya menyarankan supaya kita mengambil tindakan untuk membaiki ummah mulai dari sekarang. jaga diri kita dan orang sekeliling kita. mulakan dari kaum kerabat dan sahabat handai yang dekat. jika semua berperanan,insyaAllah kita akan menjadi lebih baik dari demalam.
teruskan perjuangan,moga Allah memberkatimu..